disinilah cabaran kayuhan sebenar bermula apabila perut pun dah kenyang.. badan pun dah semakin lesu apabila menempuh hampir 60km perjalanan..
Ahad, 9 Mei 2010
KAYUHAN JELAJAH SEMPADAN
Ahad..9/5/2010..rancangan untuk menjelajah sempadan Malaysia-Thailand akhirnya tercapai sudah..jarak kayuhan melebihi 90km dari jam 7.30am dan tamat jam 4.30pm membuatkan rider2 yang putih jadi gelap, yang gelap menjadi hitam, yang hitam jadi......macam arang batu..tapi..yang penting..kepuasan menjelajah..misi untuk menarik raja bukit..si veron..untuk turut serta berkayuh dibawah terik matahari berjaya..aku tak kira dia nak bertobat ka nak apa ka..janji kayuh..geng GB team chat dalam blog x leh nak turut serta..ada kayuhan ke wg klian..E bintong pulak ada majlis kenduri.. tapi ada 2-3 orang geng aku yang x turut serta dengan alasan yang x boleh aku terima..khairul nxt dan E belalang tak sempat nak buat bodder...seminggu x dan nak buat bodder boleh terima ka alasan tuu..man shorubber..alasannya..bini aku tak bagi pi siam...bukan kita pi cari puyiiiiin..kita pi kayuh laa...tu la dulu2 dok deras sangaaat...dan yang terakhir..mi bunga..bini kena pi mesyuarat..aku x tau betoi ke x..tapi malam tu aku 2-3 orang dah tibai cukup2...last2 pagi tuu..haa..boleh pi pulak noo...
jam 7.30am..kayuhan bermula..hanya aku, pjan, hairee, apit, syed a.k.a che`A dan zam botak saja yang ada dihadapan kiost mata ayer..veron dan mi bunga tunggu di spg 3 bukit keteri..hanya 8 orang rider..lapan pun lapan lah..kayuhan tetap akan diteruskan..info yang diterima menyatakan amin klinik kes kaki bukit dengan 2-3 orang rakan menunggu di pdg besar untuk turut serta menyertai kayuhan..canteek...ada 11 orang..sampai saja di kawasan kaki bukit chuping...tiba2 si apit terus membuat pecutan..adakah zon pecutan telah bermula?? TIDAK..Rupa2nya apit telah dikejar anjing bukit chuping..seingat aku inilah kali ke-2 apit dikejar anjing bukit chuping..memang anjing2 kat sini kenal dan suka akan dia..
kayuhan diteruskan menyusuri laluan bukit keteri-batu bertangkup menuju ladang tebu dimana satu pendakian sepanjang hampir 3km menunggu..
Amin, azrol, asun dan sorang lagi bro Alun tengah dok pekena tea..disebabkan bro Alun ni x bawak bodder..hanya amin, azrol dan asun sahaja yang meneruskan kayuhan..


hentian seterusnya..
dari pukul 7.30am..setelah menempuh perjalanan lebih 30km..pukul 9.30am baru berhenti sarapan..sapa penganjur???
setelah menikmati sarapan..bermulalah kayuhan yang dinanti-nantikan oleh para rider..kayuhan roller coaster melebihi 20km antara padang besar ke pekan danoq..memang layan habiss..

akhirnya..jam 11.30am..dah sampai pekan danoq..yeaahooo..semua rider tersenyum..separuh perjalanan berjaya ditempoh tanpa sebarang kejadian yang tak diingini berlaku..waktu ni kaki yang tak sakit pun terasa sakit.. yang tak kebas pun rasa macam nak kebas..
rider yang dikiri kanan aku ni lah orang yang paling seronok bila sampai di pekan danoq..boleh rehat sikit katanya..
yang mana satu pilihan kalbu..
yang lain semua nya dok tengok kamera..mie bunga dok tengok apa aku x tau..
makan tengahari di pekan danoq sebelum bergerak pulang..asun, amin dan azrol berpatah balik dari danoq ke pdg besar manakala rider lain meneruskan kayuhan ke bukit kayu hitam..
jam 2.30pm..kayuhan diteruskan ditemani terik mentari melalui lebuhraya bukit kayu hitam-changlun dan seterusnya memasuki lebuhraya kuala perlis sejauh lebih 30km..
berhenti rehat di sempadan kedah/perlis sambil pekena air tebu..


mi bunga telah mengalami kekejangan otot sewaktu berhenti di jejambat..
tinggal 15km lagi sebelum menamatkan kayuhan..
akhirnya semua rider berjaya menamatkan kayuhan jam 4.30pm sejauh lebih 90km..terima kasih kepada rider yang turut serta menjayakan kayuhan jelajah sempadan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hah kan dah kata. mana ada panaih pun..akakaka..
BalasPadam